SKTSA | (Teaser) Kejohanan Olahraga Kali Ke-25, Tahun 2019

SKTSA | (Teaser) Kejohanan Olahraga Kali Ke-25, Tahun 2019


Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas, Klang telah mengadakan Kejohanan Olahraga Kali Ke-25 pada hari Sabtu, 27 April 2019.

Majlis dimulakan dengan perbarisan masuk kontijen-kontijen rumah sukan, tabik hormat, nyanyian lagu negaraku, bacaan doa, bacaan ikrar kejohanan, ucapan Tuan Haji Nor Azmi bin Rahmat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas, Klang. Diikuti ucapan dan perasmian Kejohanan Olahraga Kali Ke-25. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Sundram Subramaniam, ADUN Sungai Kandis. diadakan upacara gimik pelancaraan dan nyalaan obor kejohanan.

Selepas acara keluar barisan tamat, menyusul persembahan pembukaan Silat Seni Gayong Malaysia daripada murid-murid SKTSA dan persembahan Zumba yang sangat menghiburkan.

Pelbagai acara dipertandingkan pada hari tersebut. Antaranya 4 x 200 meter, 4 x 100 meter, lari berpagar, acara jemputan dan lain-lain. Kejohanan Olahraga diakhiri dengan acara terbuka untuk ibu bapa dan guru-guru yang memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut.

Kemeriahan pada tahun 2019 diserikan dengan hiasan rumah pasukan biru, merah, hijau, kuning dan prasekolah yang bertemakan "Hidupan Laut".

Subscribe to receive free email updates:

AdBlock Detected!

Suka dengan blog ini? Silahkan matikan ad blocker browser anda.

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker.

Thank you!

×
close